1.0
PENGENALAN
Menurut
kamus dewan, pelancongan berasal daripada perkataan lancong atau melancong yang
membawa maksud melawat sambil merehatkan minda. Dalam bahasa Inggeris
Pelancongan didefinisikan sebagai tourism
manakala melancong pula didefinisikan sebagai travel atau journey.
Melancong juga didefinisikan sebagai meninggalkan tempat kediaman yang biasa
dan menuju ke sesuatu destinasi dengan tujuan tertentu dan berhasrat untuk
kembali semula ke tempat asal. Manakala pelancong pula dimaksudkan sebagai
orang yang mengembara ke sesuatu tempat dengan tujuan tertentu dan tidak
bertujuan untuk berhijrah atau berkerja di tempat tersebut.
Berdasarkan
United Nations World Tourism Organization
(UNWTO), pelancongan membawa maksud "activities
of persons traveling to and staying in places outside their usual environment
for not more than one consecutive year for leisure, business, and other purposes."Dengan
ini menjelaskan bahawa pelancongan adalah pergerakan atau penjalanan sementara
manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain, ke destinasi lain daripada
kawasan tempat kerja atau tempat tinggalnya yang biasa dan tidak melebihi
daripada satu tempoh satu tahun untuk percutian, perniagaan atau lain-lain
tujuan.
Jelas
di sini bahawa 'pelancongan' melibatkan 'perjalanan atau pergerakan' dari suatu
tempat ke tempat yang lain, destinasi yang dituju dan lain daripada kawasan
kediaman dan melibatkan tempoh tidak lebih dari 1 tahun.
2.0
ISI KANDUNGAN
2.1
INDUSTRI PELANCONGAN
Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting
dalam kemajuan dan perkembangan sesbuah negara. Hal ini kerana ianya dapat
menjana pendapatan negara dan juga meningkatkan imej negara melalui aktiviti
keusahawanan serta dapat meningkatkan peluang pekerjaan dalam bidang
pelancongan secara lebih agresif.
Pada zaman masa yang kian maju ini, industri pelancongan
dianggap sebagai penting bagi setiap negara dalam menonjolkan lokasi
tempat-tempat yang bersejarah dan menarik. Selain menarik pelbagai pelancong
asing datang mengunjung negara, industri ini juga banyak membantu meningkatkan
sumber pendapatan ekonomi negara dengan perkembangan matawang sebagai
pertukaran dalam urusan perdagangan. Rumah tumpangan atau hotel yang dibina
adalah bagi memudahkan urusan pentadbiran, perdagangan atau percutian kepada
pelancong melambangkan status kemudahan dan perkhidmatan.
Pada tahun 1990 Malaysia dengan pertama kalinya
melancarkan Tahun Melawat Malaysia (TMM) dengan tema “Mengagumkan Malaysia.
Tahun Perayaan”. Dengan pelancaran ini, Malaysia menemui kejayaan yang besar
dengan merangka 7.4 juta ketibaan pelancong berbanding 4.8 juta pada tahun
1989. Industri pelancongan menjadi kian maju dan terus berkembang dengan adanya
pengiklanan dan pengenalan Malaysia kepada seluruh dunia.
2.2
TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI
PELANCONGAN
Industri pelancongan merupakan sektor kelima terbesar di
Malaysia selepas sektor perkhidmatan borong dan runcit, kelapa sawit, kewangan,
gas dan tenaga serta petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 billion kepada
Keluaran Negara Kasar (KNK) dalam tahun 2009. Namun begitu, industri
pelancongan kurang mendapat perhatian daripada pihak kerajaan pada zaman pasca
kemerdekaan Malaysia dan kerajaan lebih menumpukan perhatian terhadap
pembangunan infrastruktur dan ancaman komunis serta kestabilan negara. Selain
itu, faktor ancaman dari luar seperti Indonesia juga telah menjejaskan tumpuan
kerajaan pada masa itu. Berikutan daripada faktor ini sekaligus telah
melambatkan peningkatan dalam sektor pelancongan di Malaysia.
Pada era tahun 60-an, kerajaan lebih menumpukan dalam
sektor hasil bumi seperti getah dan bijih timah dan menjadikan hasil utama dan
tidak meyedari bahawa peranan industri pelancongan akan membawa perkembangan
ekonomi di sesebuah negara. Walaubagaimanapun, dengan kewujudan Penubuhan
Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada Ogos 1972 dan Persidangan Kesatuan
Pelancongan Kawasan Pasifik (PATA) di Kuala Lumpur pada tahun 70-an ini telah
membawa perkembangan yang positif terhadap industri pelancongan di Malaysia.
Penganjuran PATA di sini telah memberi pengiktirafan kepada negara sekali gus
mampu memartabatkan sektor pelancongan negara di mata dunia. Penganjuran
program sebegini yang bertaraf antarabangsa di negara kita mampu mengembangkan
industri pelancongan seterusnya dapat menjana kepada pendapatan negara.
Pada ketika itu, ketibaan pelancong melalui udara dan air
ke Malaysia telah meningkat sebanyak 14.4% daripada purata kemasukan setahun.
Dengan hasil kerjasama kerajaan dan pihak swasta, peningkatan
kemudahan-kemudahan asas seperti bilik penginapan, rumah tumpangan dan hotel
telah dilakukan bagi kegunaan pelancong. Secara langsungnya, peningkatan jumlah
hotel turut dapat memberi dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
Malaysia.
Pada tahun 80-an, kerajaan telah menubuhkan sebuah
kementerian yang berperanan dalam menyediakan insentif, membuat promosi secara
keseluruhan, meningkatkan mutu kemudahan asas serta menyediakan peruntukan
untuk memajukan industri ini. Kementerian tersebut adalah Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1987, dan
kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia yang ada pada
masa kini. Pada ketika ini, negara sudah aman daripada ancaman daripada komunis
dan ancaman luar dan perkembangan sektor pelancongan negara dapat dilihat
semakin meningkat.
Dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia (TMM) pada tahun
1990, kejayaan dalam industri pelancongan semakin mendapat sambutan yang baik
malahan sumbangannya masih terus meningkat lagi selepas kegawatan ekonomi
dengan cara menggalakkan aliran kemasukkan mata wang asing dan mengurangkan
aliran keluar mata wang negara dan seterusnya memulihkan krisis ekonomi negara.
Pada tahun ini juga, kerajaan mengambil kesempatan untuk meningkatkan
kemudahan-kemudahan asas seperti menaiktaraf jeti, menaiktaraf Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi
menampung kemasukan pelancong asing dan juga
menambahkan pengangkutan awam seperti monorel, light Rail Transit (LRT), bus awam, teksi dan lain-lain.
2.2.1 KEDATANGAN PELANCONG KE MALAYSIA PADA TAHUN 2000 -2009
|
Berdasarkan statistik diatas, peningkatan
kedatangan pelancong meningkat tahun demi tahun, tetapi penurunan pada tahun
2003 amat jelas dan ketara dapat dilihat dan setiap penurunan dan peningkatan
ini telah dipengaruhi oleh beberapa faktor mahupun kebaikan dan keburukan dalam
sektor pelancongan.
Pada tahun 2000, kedatangan pelancong luar
negara ke Malaysia mencecah 10,221,582 orang. Pencapaian ini telah menjana
hasil pendapatan sektor pelancongan yang memberangsangkan sebanyak RM18.81
billion dan terus menjadikan Malaysia adalah negara yang tergolong dalam negara
yang ketiga paling ramai menerima pelancong antara negara-negara Asia Timur.
Peningkatan memberangsangkan dapat dilihat
pada tahun 2001 sebanyak 2,553,491 bersamaan dengan 25% orang pelancong luar
negara yang mengunjungi Malaysia dan ini terbuktinya terserlah daya tarikan
yang tersendiri oleh kerana Malaysia beriklim khatulistiwa iaitu dengan kata
ringkasnya beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, ia mampu menarik
perhatian pelancong untuk bersantai di pantai dan bayu laut yang menenangkan
jiwa. Selain itu, keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum dan makanan yang
pelbagai jenis menjadi salah satu aset terpenting dalam usaha kerajaan untuk
menarik pelancong luar negara.
Berdasarkan
statistik pada tahun 2002, perbezaan kedatangan pelancong dari tahun sebelumnya
meningkat sebanyak 516,937 bersamaan dengan 4.0% sebanyak 13,292,010 orang
pelancong. Salah satu sebab kedatangan pelancong ke Malaysia adalah kerana
mereka sudah pasti akan turut serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang menarik kepada masyarakat luar negara dan selain itu, kerajaan
Malaysia turut mempergiatkan kempen pelancongan negara pada 2002.
Kedatangan
pelancong ke Malaysia telah menurun mendadak pada tahun 2003 seramai 2,715,095
orang bersamaan dengan -20.4%. Ini adalah kerana serangan Sindrom Pernafasan Akut
Yang Teruk (SARS) di beberapa negara Asia dan telah memberi kesan yang teruk telah
menjejaskan beberapa sektor-sektor di Malaysia khususnya sektor pelancongan
kerana pelancong luar sudah tentu takut untuk melancong ke negara-negara asia
termasuklah Malaysia. Sebagai langkah pengurangan, negara-negara terbabit
termasuklah Malaysia mengumumkan pakej bantuan ekonomi untuk mengurangkan kesan
penularan wabak SARS ini terhadap ekonomi negara.
Tahun
berikutnya, iaitu 2004, kedatangan pelancong adalah seramai 15,703,406 orang
dan meningkat sebanyak 48.5% perbezaan dengan tahun lepas dengan jumlah yang
memberangsangkan dan membanggakan sektor pelancongan kerana telah melebihi
tahap pencapaian pada tahun-tahun yang sebelumnya walaupun tahun lalu mengalami
penurunan akibat wabak SARS. Kerajaan Malaysia berjaya mengawal wabak ini
sebelum merebak ke seluruh negara telah membuktikan bahawa negara Malaysia prihatin
dan selamat untuk dikunjungi oleh pelancong pada tahun ini.
Menjelang
tahun 2005, kedatangan pelancong terus meningkat dan mencecah seramai
16,431,055 iaitu sebanyak 4.6% berbanding dengan tahun 2004.Beberapa faktor
peningkatan ini adalah sumbangan pelancong dari Pertubuhan negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN) dan mereka juga memberi kepercayaan kepada Malaysia. Antara
faktor yang lain ialah Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFA) pada 28
November 2005 yang bertempat di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur telah
mempromosikan Malaysia sebagai pusat fesyen yang bertaraf dengan lain-lain
bandaraya fesyen di Malaysia sebagai destinasi membeli belah utama Malaysia.
Pada
tahun 2006, kedatangan pelancong adalah seramai 17,546,863 orang menunjukkan
peningkatan sebanyak 6.8% berbanding tahun 2005. Malaysia berjaya memberi
kepercayaan kepada pelancong luar negara mengenai keselamatan bentuk muka bumi
di Malaysia yang bebas daripada ancaman Tsunami berikutan telah meragut banyak
nyawa di Indonesia iaitu negara jiran Malaysia pada 26 Disember 2006 lalu,
namun ia tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini.
Kedatangan
pelancong pada tahun 2007 seramai 20,972,822 orang menunjukkan peningkatan
sebanyak 19.5% berbanding dengan tahun lepas. Peningkatan ini berlaku adalah
kerana pelancaran Tahun Melawat Malaysia (TMM’07) pada tahun ini. Salah satu
tarikan yang menarik pada tahun ini juga adalah Eyes On Malaysia yang menjadi
rebutan para pelancong untuk menaikinya untuk melihat keindahan semula jadi
yang terdapat di Malaysia dari pandangan atas. Terbuktilah Malaysia adalah
standing dengan negara-negara serantau seperti China dan diakui memiliki
pemandangan semula jadi.
Pada
tahun 2008 pula, kedatangan pelancong dari luar negara terus meningkat seramai
22,052,488 orang dan berlaku peningkatan sebanyak 5.1% ekoran penganjuran MATTA
FAIR 2008 diperkenalkan secara besar-besaran yang menarik para pelancong luar
untuk menikmati pakej yang dilaksanakan sepanjang pameran tersebut. MATTA FAIR
merupakan acara terbaik untuk masyarakat Malaysia untuk menikmati diskaun dan
pakej pelancongan terbaik dengan harga yang lebih murah, ini dapat menjimatkan
kos masyarakat Malaysia dengan mengurangkan pertukaran mata wang negara ke luar
negara.
Pada
tahun 2009, peningkatan kedatangan pelancong meningkat sebanyak 7.2% seramai
23,646,191 orang berbanding tahun 2008. Pada tahun ini juga, penularan wabak
influenza A yang dikenali sebagai H1N1 di seluruh dunia telah menjejaskan
ekonomi-ekonomi negara termasuklah Malaysia. Walaubagaimanapun, wabak tersebut
tidak menjejaskan program-program pelancongan yang dilaksanakan seperti
pelancaran kempen ZOOM Malaysia yang dilancarkan pada 14 Mei 2009 oleh Tun
Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia. Ekoran pelancaran
tersebut, negara-negara lain turut serta datang meraikan dan mempromosikan
Malaysia.
2.3
KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TERHADAP
PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
Malaysia
merupakan sebuah negara yang menjadi destinasi pelancongan tropika indah yang
sangat berpotensi di Asia dan menjadi
buah mulut pelancong asing mahupun tempatan sejak tahun 1985 dan bukan sahaja
dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga dapat menawan hati warga
tempatan. Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menjadi salah satu faktor
pelbagai jenis makanan telah diwujudkan dan ini juga telah menjadi tarikan para
pelancong. Berikut adalah kepentingan dan sumbangan industri pelancongan di
dalam ekonomi Malaysia.
Fungsi
utama industri pelancongan ialah meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Beberapa
kepentingan dan sumbangan dalam ekonomi negara ialah pembangunan pesat ekonomi
negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke Malaysia. Pelancong asing yang
dating ke Malaysia dikehendaki menukar mata wang negara mereka kepada mata wang
Ringgit Malaysia (MYR) sebelum berbelanja di sini. Pertukaran wang asing boleh
dilakukan sama ada di bank tempatan atau pusat pertukaran mata wang asing yang
terdapat di bandar ataupun di pusat membeli belah.Pelbagai faedah yang
menguntungkan boleh dinikmati oleh pelbagai pihak seperti peniaga mata wang
asing mendapat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Mata wang asing
ini kemudiannya digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengimport barang dari
luar negara.Kemasukkan mata wang asing ke negara kita tidak sahaja
menguntungkan entiti perniagaan dan dapat digunakan untuk membeli barangan
keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara. Pengaliran wang asing
ini penting dan ianya terbukti apabila Malaysia menghadapi krisis kewangan,
dengan peningkatan kemasukan pelancong telah memulihkan keadaan ini.
Seterusnya,
industri pelancongan ini juga membuka peluang pekerjaan yang meluas kepada
rakyat tempatan dalam sektor tersebut. Perkembangan dalam industri ini
melibatkan kewujudan lebih banyak hotel penginapan, restoran, gerai-gerai
makanan, perkhidmatan pemandu pelancong dan ramai tenaga kerja seperti pemandu
pelancong, pekerja hotel, pekerja kedai kraf tangan, pekerja kedai cenderamata
dan lain-lain yang berkaitan dalam bidang pelancongan. Berikutan daripada hal
ini dapat mampu mengurangkan kadar pengganguran di negara kita dan pada masa
yang sama juga menaikkan taraf hidup rakyat.
Sektor
pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Hal ini adalah
kerana pelancong asing dari luar negara memerlukan keperluan asas seperti
tempat penginapan, makanan, minuman dan juga perkhidmatan seperti perkhidmatan
pengangkutan, jurupandu pelancong dan perkhidmatan yang lain. Pelancong asing
telah diberikan pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort
atau menginap di pakej seperti“Eco-Tourism” yang memberi pelancong asing
menikmati suasana dan keadaan kampung serta menginap di rumah kampung dan
mempelajari cara kehidupan masyarakat kampung seperti cara pemakaian, pemakanan
tradisional dan banyak lagi. Keunikan dan kepelbagaian makanan turut menambat
hati pelancong asing dan mereka sanggup untuk melancong ke setiap negeri
semata-mata untuk merasai makanan. Selain itu, pelancong juga memerlukan
pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini
membolehkan pengusaha pengangkutan menjalankan perniagaan pengangkutan
seperti bas, van, bot, feri dan
lain-lain.
2.4
HALANGAN / CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
Industri pelancongan di Malaysia pada hari ini berkembang
dengan majunya dan telah menjadi sumber pendapatan yang utama kepada negara
kita. Jika diteliti secara mendalam, sebenarnya terdapat banyak halangan dan
cabaran yang dihadapi oleh sektor pelancongan di negara kita.
Antara halangan dan cabaran yang dihadapi termasuklah
ketidakstabilan politik. Kesan yang amat ketara boleh dilihat daripada sektor
pelancongan akan terjejas. Politik yang tidak stabil juga boleh menjejaskan
imej negara kita, contoh seperti rusuhan kaum, konflik agama, mendiskriminasi
bangsa dan konflik agama boleh mendatangkan rakyat yang tidak bersatu padu,
menjejaskan imej negara dan seterusnya menjejaskan industri pelancongan negara
kita.
Selain itu, pencemaran alam sekitar juga menjadi halangan
kepada sektor pelancongan negara kita. Hal ini berlaku oleh kerana sikap
masyarakat negara kita sendiri yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
telah merosakkan kecantikan alam sekeliling. Jika pencemaran alam sekitar
bertambah buruk pada masa yang akan datang, sektor pelancongan di negara kita
pasti akan terjejas dan kemungkinan besar tidak ada lagi pelancong asing akan
datang melancong ke negara kita disebabkan persekitaran yang kotor dan busuk.
Kebudayaan tempatan atau tradisi tempatan semakin dilupai
oleh orang ramai. Kebudayaan ini adalah faktor yang penting dalam sektor
pelancongan ini kerana pelancong asing ingin merasai dan mengetahui tradisi
kebudayaan yang berbeza daripada negara-negara yang lain. Contohnya seperti,
tarian tradisional, pakaian tradisional, makanan tradisional, seni silat dan banyak
lagi yang semakin dilupakan oleh masyarakat muda. Jika tidak diamalkan dan
tidak diwariskan oleh masyarakat muda sekarang, keunikan negara kita akan
ditinggal zaman begitu sahaja dan kemungkinan pelancong asing tidak akan datang
mengunjung Malaysia lagi pada masa yang akan datang.
Akhir sekali, persaingan sektor pelancongan dengan
negara-negara lain juga merupakan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia kerana
negara lain turut menyedari bahawa industri pelancongan ini dapat meningkatkan
ekonomi bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai keistimewaan tersendiri
yang menjadi tarikan pelancong contoh seperti, keindahan alam semula jadi,
pusat membeli-belah, makanan, taman tema dan sebagainya. Oleh itu, kreativiti
sesebuah negara amatlah penting untuk mempromosikan negara masing-masing bagi
menarik pelancong datang dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi
utama.
2.5
SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK
KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN
Pada sekitar tahun 1980-an, Kementerian
Kebudayaan dan Pelancongan mula ditubuhkan untuk menunjukkan sokongan kerajaan
terhadap sektor pelancongan dan kemudiannya diberikan nama baru iaitu
Kementerian Pelancongan Malaysia. Fungsi-fungsi bagi Kementerian Pelancongan
Malaysia ialah mencapai visi, misi dan objektif kementerian serta melaksanakan
dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan pembangunan.
Beberapa kursus dan program berkaitan
dengan pelancongan telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat.
Antara kursus yang ditawarkan ialah We
Are The Host (WATH) yang melatih semua barisan hadapan di dalam sektor
pelancongan agar lebih berpengetahuan dan bersedia menghadapi Tahun Melawat
Malaysia (TMM) 2014 dan berkhidmat dalam industri pelancongan dari semasa ke
semasa. Ia juga turut memberi pendedahan kepada penggiat dan barisan hadapan
mengenai halatuju industri pelancongan dan memahami kepentingan serta
meningkatkan kemahiran khidmat pelanggan yang unggul bagi memberikan
perkhidmatan yang lebih baik.
Selain itu, kursus seperti Eco-Host Malaysia dan Hotel Assist On The Go (HAOTG) turut
ditawarkan. Eco-Host Malaysia
ialah untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan memelihara dan memulihara
alam sekitar di kalangan masyarakat. Ia juga bertujuan mendidik orang ramai
berkaitan dengan situsi alam sekitar pada hari ini dan bagaimana aktiviti
seharian manusia memberi kesan terhadap ekosistem alam semula jadi. Hotel Assist On The Go (HAOTG) adalah
satu program ataupun skim latihan yang dibangunkan bagi menyediakan peluang
kerja dalam sektor perhotelan untuk rakyat tempatan serta mengurangkan
kebergantungan terhadap pekerja asing di negara kita. Kursus asas ini akan
mengambil masa 5 hari dan akan diberi sijil pengiktirafan dan dimasukkan ke
dalam senarai pekerja sambilan database hotel.
Di samping itu, kementerian ini juga
melancarkan beberapa program seperti Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Sukarelawan
Pelancongan (Voluntourism), Agro-Pelancongan dan sebagainya. Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) memberikan
peluang bagi sesiapa saja yang ingin menghabiskan masa lebih banyak di Malaysia
pada usia lanjutnya nanti. Bagi orang ramai yang ingin menghabiskan masa
persaraan nanti bolehlah sering datang ke Malaysia dan tentunya program ini
akan menjadi pilihan. Kerajaan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia boleh
dijadikan rumah kedua kerana beberapa sebab. Antaranya ialah keadaan dan
kestabilan negeri tersebut, kos hidup yang rendah, infrastruktur yang
baik,penduduk yang peramah dan banyak lagi. Selain itu, kebaikan dari program
MM2H ini adalah memberikan Visa dan membolehkan datang melawat Malaysia sekerap
yang mungkin pada bila-bila masa.
Sukarelawan Pelancongan (Voluntourism) merupakan
salah satu program khusus yang diwujudkan dibawah Kementerian Pelancongan yang
bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawan di kalangan masyarakat dan
pelancong untuk bersama-sama memberi sumbangan kepada pembangunan sektor
pelancongan negara. Impak yang positif telah terhasil daripada program ini,
antaranya ialah dapat menyemarakkan semangat cintakan negara menerusi kegiatan
sukarelawan seumpama ini. Sokongan dan komitmen yang diberikan daripada rakyat
amatlah penting kerana mereka turut memainkan peranan yang penting sebagai barisan
hadapan kepada para pelancong yang berkunjung ke Malaysia. Keramahan dan
kemudahan fasiliti menjadi kelebihan utama bagi Malaysia menerima kedatangan
para pelancong.
Seterusnya, program Agro-Pelancongan
adalah satu program yang menawarkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan
sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong. Ini telah membuka mata
pelancong luar untuk melihat dan menikmati kesuburan tanah Malaysia dan mempunyai
hasil bumi yang subur dan pelbagai. Aktiviti seperti membuat lawatan ke ladang
ternakan, dusun buah-buahan, penyelidikan dan sebagainya.
Beberapa sektor swasta turut sama
menyokong industri pelancongan ini supaya matlamat dapat dicapai. Antara usaha
sektor swasta seperti syarikat penerbangan Air Asia ialah menberikan pakej
tambang murah kepada para pelancong yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan
udara. Hal ini dapat membantu kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong
datang ke Malaysia sambil itu mengunjung ke setiap negeri dengan kos tambang
yang lebih murah. Kerajaan dapat mempromosikan negara dengan meletakkan
imej-imej menarik yang terdapat di Malaysia.
Selain itu, sebuah syarikat
pengangkutan yang ditubuhkan pada tahun 2006 iaitu syarikat Elang Wah Sdn Bhd merupakan
salah satu usaha yang bernas dalam membantu pembangunan industri pelancongan
dengan penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan tentang tempat menarik dengan
menaiki bas KL Hop-On-Hop Off sempena
Tahun Melawat Malaysia. Dengan adanya pengangkutan awam yang mesra sebegini, pelancong
kini tidak lagi mengalami kesusahan untuk melawat lokasi pelancongan.
2.6 LANGKAH-LANGKAH MENDORONG
DAN MEMBANGUNKAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempuyai alam
semula jadi yang unik. Oleh itu, negara kita dapat menjadikan industri
pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara dan meningkatkan ekonomi
negara. Berdasarkan jumlah pelancong asing yang semakin bertambah ke negara
kita, jelas menunjukkan negara kita mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Langkah utama kerajaan adalah mempertingkatkan keselamatan
dan ketenteraman awam bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa
berada dan berkunjung ke negara kita. Kejadian-kejadian seperti kes ragut,
rogol, mencabul kehormatan, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat
mungkin kerana kejadian ini membimbangkan pelancong untuk terus melancong ke
negara kita sekaligus mengancam industri pelancongan. Oleh itu, pihak
keselamatan dan ketenteraman awam dan orang ramai perlu bekerjasama untuk menangani
kejadian ini serta menambahkan bilanggan anggota keselamatan terutama di lokasi
pelancongan agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong terjamin. Aspek
keselamatan ini perlu diambil berat agar pelancong asing terus berkunjung tanpa
merasa bimbang dan takut atas keselamatan negara dan boleh terus memelihara
imej negara.
Selain itu, kerajaan harus memperlengkapkan kemudahan dan
prasarana pengangkutan dan perhubungan khususnya untuk memudahkan pelancong
selamat sampai ke destinasi yang ditujunya. Contohnya seperti, ramai pelancong
datang berkunjung ke negara kita untuk menikmati keindahan pulau dan pantai.
Oleh itu, kerajaan perlulah menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri ke
beberapa buah pulau untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam
semula jadi di negara kita. Kemudahan dan prasarana pengangkutan dan
perhubungan membawa banyak kelebihan kepada kita serta memudahkan para
pelancong selesa dan merasai ketenangan dari satu destinasi ke destinasi yang
lain dan di samping itu dapat membangunkan industri pelancongan ini.
Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, rumah
tumpangan, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik juga menjadi faktor penting
dalam menarik pelancong ke negara kita. Faktor ini penting kerana ia dapat
menentukan seseorang pelancong untuk tinggal lebih lama atau sebaliknya dan hal
ini akan membolehkan negara kita memperoleh lebih banyak mata wang asing serta
dapat membantu dalam pembangunan sektor pelancongan. Masalah tandas terhad dan
berbau busuk serta bekalan air dan elektrik yang kerap putus perlu diatasi
segera untuk memberi keselesaan kepada pelancong serta masyarakat kita sendiri.
Secara ringkasnya, kerajaan perlu menitik berat ke atas isu-isu ini agar
menjamin keselesaan pelancong ketika menginap di negara kita.
Berdasarkan langkah-langkah di atas, negara kita bukan
sahaja memerlukan kerajaan untuk memajukan industri ini malah kepada seluruh
masyarakat serta warganegara Malaysia berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing
dalam menjaga imej Malaysia.
3.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
melalui industri pelancongan ini terbukti telah mendatangkan pelbagai manfaat
yang ketara kepada pembangunan negara serta pendapatan negara. Semua pihak
haruslah terlibat dan berganding bahu bersama-sama bagai aur dengan tebing
dalam usaha menjayakan, memajukan serta memperkembangkan lagi sektor
pelancongan negara dengan mengikuti dan menyokong aktiviti-aktiviti yang
disediakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Seterusnya, terutama pihak
kerajaan haruslah melipatkan ganda usaha dengan mempromosikan Malaysia secara
kerap agar Malaysia dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, kita semua berharap
agar matlamat negara untuk terus menjadi destinasi pelancongan antarabangsa
akan terus berterusan dan daripada tugasan di atas telah menjelaskan bahawa
industri pelancongan merupakan industri yang sangat penting untuk jangka masa
pendek mahupun jangka masa panjang dan turut memberikan perubahan yang ketara
dari segi ekonomi.
4.0
RUJUKAN
Goeldner,
C.R. & J.R. Brent Ritchie. (2009). Tourism-Principles,
Practices,
Philosophies.
New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.
Bhuiyan
A.H., Siwar C. & Mohamad I.S. (2013). Tourism Development in
Malaysia from the
Perspective of Development Plans. Asian Social Science, 9(9), 11-18.
Nazrul.M
(2015, October 24). Apa Itu Industri Pelancongan. Diambil dari
https://mypersonallife2015.wordpress.com/category/kisah-kisah-teladan/apa-itu-industri-pelancongan/
pada 5 September 2016.
Fazri.B
(2012, July 4). Statistik Kedatangan Pelancong ke Malaysia Pada Tahun
2000-2009. Diambil dari http://www.motour.com.my/statistics pada 10 September 2016.
(17,
Oktober 2015)Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara Kepada
Ekonomi Negara. Diambil dari http://www.bharian.com.my/node/89720
pada 12 September 2016.
No comments:
Post a Comment